Tuesday, April 1, 2008

SEL MANUSIA


Kita di bentuk oleh catuan trilion sel yang setiap satunya memerlukan nutrien yang betul dan mencukupi serta pembersihan yang tetap. Kesakitan, penyakit, asalah fizikal akan timbul jika sel badan kita tidak di bekalkan nutrien yang betul dan di bebaskan dari bahan toksik. Malahan, ramai orang tidak menyedari bahawa masalah kesihatan adalah akibat daripada kegagalan dalam membekalkan nutrien yang betul dan mencukupi kepada sel-sel badan. Mereka juga tidak sedar akan cara kehidupan, makanan, persekitaran dan kelengkapan dandanan diri yang di gunakan telah mencemari badan dengan toksik yang betul-betul memudaratkan sel-sel badan.

Sel-sel ini adalah unit struktur yang paling asas bagi tubuh manusia. Sel-sel membentuk tisu-tisu, tisu-tisu membentuk organ- organ dan organ-organ terdiri daripada pelbagai sistem. Misalnya sistem respirasi, sistem imun dan sistem pencernaan. Sekiranya sel-sel menjadi lemah, dan tidak sehat, maka tisu organ kita akan menjadi tidak sihat. Dan apabila organ kita tidak boleh berfungsi dengan baik, ia akan mengganggu keseluruhan sistem badan kita. Apabila keadaan ini berlaku, badan kita akan mula merosot dan masalah seperti tekanan darah tinggi, diabetes, artiritis, kanser dan kardiovaskular, gangguan pencernaan dan penyakit degeneratif akan bermula.

1 comment:

radzhar said...

BETUL...UNTUK MENJAGA SEL SEL TUBUH BADAN AGAR IANYA SENTIASA SIHAT, MAKANLAH ALPHACELL.INI KERANA ALPHACELL MENGANDUNGI POLISAKARIDA PEPTIDA(PSP) YANG TINGGI.PSP INI ADALAH MAKANAN UNTUK SEL SEL TUBUH BADAN.UNTUK KETERANGAN LANJUT LAYARI WWW.141.COM.MY

LH Visitors

free counter